IMR TV

IMRTV

Isnin, 30 November 2009

HARI SAYA BERTEMU CHIN PENG & RASHID MAIDIN...

MALAM 30 NOVEMBER 1989 adalah malam yang tidak dapat dilupakan oleh para wartawan Malaysia yang dihantar ke Hadyai untuk membuat liputan Majlis Menandatangani Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Malam itu, buat pertama kalinya dalam tempoh 34 tahun iaitu sejak 29 Disember 1955, manusia yang paling digeruni di tanahair, Chin Peng @ Ong Boon Hua muncul di khalayak ramai.

Setiausaha Agung PKM itu kelihatan gemuk dan sihat dengan wajah yang putih kemerah-merahan - tidak sama sekali mengambarkan yang beliau menjalani kehidupan sebagai seorang gerila di dalam hutan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/30/mstar_berita/20091129120256&sec=mstar_berita

Ahad, 29 November 2009

"Kami tidak bisa melakukannya tanpa Anda ''

Pengasas bersama - Steven Gan dan Premesh Chandran - malam ini mengucapkan terima kasih kepada semua Pelanggan Malaysiakini di atas sokongan mereka yang membolehkan portal berita tersebut, 'bebas dari segi kewangan' sejak 10 tahun lalu.

Berucap di majlis makan malam sempena ulangtahun ke-10 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Steven memberitahu 1.000 orang tersirat moto hadirin bahawa mereka selama ini ialah "media yang bebas perlukan sumber kewangan yang bebas".

"Hari ini, Malaysiakini Merupakan salah satu daripada dua berita di dunia lamanweb - sabuah lagu ialah Wall Street Journal - Model yang berjaya melaksanakan langganannya, "kata Gan yang juga ketua kumpulan pengarang Malaysiakini.

http://www.malaysiakini.com/news/118534

Selasa, 24 November 2009

Pas Selangor Tak Terima Sebarang Surat Letak Jawatan: Hasan

24 November, 2009 19:21 PM

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Pas Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata Pas Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.

"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kemudahan Awam dan Lembu Korban oleh Worldwide Holdings Bhd di sini Selasa.

Mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kepadanya, Hasan berkata beliau telah menerimanya malah sudah menjawab kepada jawatankuasa itu Ahad lepas.

Surat tunjuk sebab itu diberikan kepada Hasan bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap Pas Selangor melibatkan perkara-perkara seperti Pas negeri itu dikatakan gagal memantapkan kerjasama antara pakatan pembangkang negeri selain menyokong usaha kerajaan perpaduan antara Umno-Pas.

-- BERNAMA

Isnin, 23 November 2009

KOTA BAHARU, 23 Nov (Bernama) -- Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai Exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya beliau menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di sini serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya.

"Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?," katanya menerusi laman blognya di http://cetusan-hati.blogspot.com/




Isu PMBK: Nik Aziz Arah Ariffahmi Letak Jawatan CEO

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengarahkan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah menerima pandangan PAS Pusat.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata arahan itu dikeluarkan setelah satu rombongan PAS pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di sini hari ini.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Bendahari, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul AM PAS Datuk Dr Haron Din.

Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

"Saya Nak Keluar Makan-makan... Saya Tak Perlu Nafi Benda Yang Tak Wujud" - HUSAM MUSA

Isnin November 23, 2009
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar mingguan hari ini mengenai khabar angin yang beliau berhasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai satu 'gurauan' media.

Malah Husam berkata, tidak ada apa yang perlu beliau nafikan mengenai laporan tersebut kerana isu itu langsung tidak berbangkit.

"Bagaimana saya nak nafi atau nak sangkal, sedangkan ia tidak wujud.

"Kalau benda (isu) itu ada bolehlah saya nafi, ini tak ada... jadi tak boleh nak nafilah," katanya kepada mStar Online hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini dalam laporan muka depannya menyebut, Husam mahu melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri tetapi keputusannya tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS,yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut laporan itu lagi, Nik Aziz sebaliknya dikatakan memberi cuti selama lima hari kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Isu mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan itu dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang menyaksikan pemecatan pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai bloger kickdefella selepas berlaku dakwaan dan tuduh menuduh berhubung penyalahgunaan kuasa menantu Nik Aziz yang juga ketua pegawai operasi PMBK, Abdul Ariffahmi Rahman.

Dakwaan itu telah mendorong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan ke atas PMBK. Dan Husam dikatakan tidak berpuashati dengan pemecatan Syed Azidi.

Sumber akhbar berkenaan juga menyebut dalam tempoh cuti tersebut, Husam akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.

"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.

"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat... keluar makan-makan dulu."

Sabtu, 21 November 2009

Analisis Khalid Samad salah!

Mawardi, UTM Sep 23, 08 5:17pm

Pemimpin-pemimpin PAS kebelakangan ini menjadi sedikit kurang cerdik. Bermula dengan isu Mustafa Ali dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, kini Khalid Samad memperhangatkan kembali hal lama.

Saya tidak pasti adakah temubual Khalid dengan Ummahonline.com berlaku selepas pesuruhjaya PAS itu bertemu mursyidul am PAS atau sebelumnya.

Tetapi yang pasti Malaysiakini baru menghangatkannya ('Mentaliti suka haramkan' punca PAS T'ganu tewas, 22 Sept).

Umum sudah mengetahui bahawa 16 September telah berlalu tanpa sebarang pertukaran kerajaan. Jadi maknanya, analisis Mustafa dalam Harakah itu betul.

http://www.malaysiakini.com/letters/90242

Khamis, 19 November 2009

Batalkan tunai haji selesaikan isu -Nazri Aziz

Salma Husin
KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian

Selasa, 17 November 2009

Ahad, 15 November 2009

President Obama Speech to Muslim World in Cairo

Anggota PAS Mesti Hormat Dan Patuh Amalan Parti, Kata Nasaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi menasihati anggota parti supaya menghormati dan mematuhi sistem atau amalan parti bagi memastikan nama baik parti sentiasa terjaga.

"Satu sistem telah dibuat, maka ahli kena ikut keputusan parti yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Setiusaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan bai'ah talak seperti yang didedahkan anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Nasaruddin berpendapat isu bai'ah merupakan satu percubaan pihak tertentu yang ingin menjejaskan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan kononnya ia menindas golongan wanita.

"Kononnya ada yang mengatakan bahawa PAS tidak memberi peluang yang adil kepada golongan wanita dalam parti. Ia sengaja dicipta sejak dari dahulu lagi. Tapi kita dah jawab dengan menunjukkan bukti kepada mereka bahawa wujud kepimpinan wanita dalam parti malah ada yang telah dilantik sebagai senator," katanya.

Isu bai'ah talak tiga tercetus awal bulan ini apabila Khalid mengesahkan wujudnya amalan itu di kalangan wakil rakyat PAS bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

-- BERNAMA

Tak Boleh Tok Guru...Tak Boleh!

Sabtu November 14, 2009

ULASAN MSTAR Oleh ROZAID A. RAHMAN

SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.

Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.

Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.

Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.

Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.

Jumaat, 13 November 2009

Saari: Jais 'niat tidak baik' tarik tauliah

Salhan K Ahmad
Nov 12, 09
6:32pm

Seorang ketua jabatan di sebuah universiti antara tujuh orang yang ditamatkan pentauliahan mereka tanpa sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kata ADUN Pakatan Rakyat hari ini.

Wakil Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, Jais telah bertindak dengan niat yang tidak baik dengan menarik tauliah mengajar agama ke atas ketujuh-tujuh orang tersebut.

Khamis, 12 November 2009

Pecat Kickdefella bukan kerana SPRM

Pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibuat kerana masalah disiplin dan tiada kena-mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia tidak masuk pejabat. Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK itu, setelah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dikunjungi pegawai SPRM minggu lalu.

Ahad, 8 November 2009

Nik Aziz terima baik kekalahan pasukan bola sepak Kelantan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia dan menganggap ia sebagai perkara biasa yang perlu diterima peminat sukan.

"Kalau kita sudah bekerja kuat, bermain dengan bersungguh-sungguh kalah juga apa boleh buat, dia pun bekerja kuat untuk menang," katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pada perlawanan itu Kelantan tewas 31

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/8/mstar_berita/20091108144726&sec=mstar_berita

Khamis, 5 November 2009

Nak EGM juga?

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbualan dengan beberapa pemimpin Pas mengenai kemelut kepimpinan dalam parti membayangkan isu itu jauh daripada penyelesaian.

Ada yang berpendapat masalah itu tidak berbangkit lagi kerana ia telah diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti, namun bagi pihak lain, seminar politik yang dijadual Sabtu ini adalah platform terbaik untuk membincangkannya.

Kenyataan Media PGSM

Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM
Ahad, 1 November 2009

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.

Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.

Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.

Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.

Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.

Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.

Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.

Ditandatangani oleh :





……………t.t..………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP

Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)


Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)
Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Yayasan Jenderami
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Yayasan Paksi Kedah
Persatuan Ulamak Kedah
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
Institut Pengajian Tradisional Islam
Khalifah Institut.

Jangan Terperangkap dengan agenda musuh

Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.

Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Siapa Aziz Bari yang nak ajar PAS?

Walaupun agak keberatan pada mulanya untuk turut serta dalam seminar itu, Dr Abdul Aziz telah mengesahkan kehadirannya kepada pengelola seminar, Salahuddin Ayub yang juga naib presiden PAS.

Ditanya sebab keberatannya untuk hadir, Dr Abdul Aziz berkata: "Saya bukan orang parti. Saya tidak ada kena-mengena dengan cerita (pergolakan dalaman) ini. Ini bukan kerja saya."

Selasa, 3 November 2009

Final Piala Malaysia, Nik Aziz mungkin umum Kelantan cuti

Rizal Tahir
Tue Nov 03, 09 4:05:01 pm MYT

KOTA BHARU, 3 Nov:Kerajaan Kelantan mungkin mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Perkara itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya.

Kerajaan Perpaduan Penuhi Tuntutan Agama, Bukan Politik: Kata Najib

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama)

-- Umno sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas.




Apakah krisis sebenar PAS ketika ini?


Isnin, 2 November 2009

Metos Ketokguruan dalam PAS

Semua aku respect. Dua-dua tok guru. Bukan pasal ketokguruan mereka sahaja tetapi kesederhanaan hidupnya itu memang menyenangkan. Senang memandangnya. Tapi untuk aku sendiri, belum tentu boleh buat. Tok Guru bukan maksum. Dan tiada siapapun terfikirkan begitu. Ketidakmaksuman seseorang pula bukan boleh dijadikan alasan untuk mengkritik, mengutuk apatah lagi menghina.

Konsep kepimpinan ulama tersasar daripada makna sebenarnya. Makna sebenar bukan daripada tulisan atau ucapan. Makna sebenar adalah daripada pemahaman bagaimana proses konsep itu berkembang dan dikembangkan. Kepimpinan ulama adalah idea untuk melakukan perubahan parti. Memberi nafas baru. Rebranding. Ia tidak salah bahkan diperlukan. Tajdid.

Jais: Dr Asri akan segera didakwa

Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

"Tapi kita mungkin akan ambil masa yang panjang sikit kerana melibatkan dakwaan-dakwaan (daripada pelbagai pihak).

"Kita kena siapkan kertas siasatan sebelum boleh buat pendakwaan," katanya.

Sokongan untuk Dr. Mohd Asri

Sampaikan ucapan sokongan anda kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di sini:

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara