IMR TV

IMRTV

Sabtu, 27 Jun 2009

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'
Jun 27, 09 1:03pm

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

[Laporan penuh menyusul]
1
Memorandum
Mengembalikan Penggunaan Bahasa Ibunda Sebagai
Bahasa Pengantar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Sains Dan Matematik Di Sekolah Rendah
Kepada
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Daripada
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia
Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia
Malaysian Seven Major Clans Association
Gabungan Alumni Universiti Taiwan Malaysia
Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia
Nanyang University Alumni Association Of Malaya
26 Mei 2009
2
Mengembalikan Penggunaan Bahasa Ibunda Sebagai
Bahasa Pengantar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Sains Dan Matematik Di Sekolah Rendah
(1) Pendahuluan
Pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2003 hingga sekarang telah
mendapat bantahan daripada pelbagai kaum. Pertubuhan-pertubuhan daripada
pelbagai kaum telah banyak kali menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap
kesan-kesan negatif yang timbul di bawah dasar ini. PPSMI merupakan satu masalah
serius yang dihadapi oleh semua kaum, kerana PPSMI ini telah mengingkari prinsip
pendidikan bahasa ibunda dan prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kami dengan tulus ikhlasnya mengemukakan memorandum ini untuk rujukan dan
pertimbangan Yang Amat Berhormat Tan Sri agar kerajaan membatalkan
pelaksanaan PPSMI, dan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil). Bersama-sama ini, kami turut menyeru kerajaan
mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar dengan memperbaiki
kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.
(2) Masalah Yang Ditimbulkan Oleh PPSMI
Keberkesanan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar telah diakui
dan diiktiraf oleh pakar-pakar pendidikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan
Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Sekiranya bahasa asing yang
murid-murid kurang biasa dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik, sudah pasti menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dengan teruk sekali.
Di negara kita, beberapa laporan telah mengesahkan bahawa PPSMI yang
dilaksanakan sejak tahun 2003 membawa kesan negatif di semua aliran sekolah
rendah, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
mahupun Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil):-
3
① Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan Mac 2005, secara
lantang menunjukkan bahawa kira-kira 500 ribu orang pelajar Melayu akan
keciciran dalam Sains dan Matematik akibat kegagalan menguasai bahasa
Inggeris. Maka, lebih ramai lagi kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya
kerajaan tetap meneruskan dasar PPSMI yang mengingkari prinsip pendidikan
bahasa ibunda dan prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa.
② Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 dan 2006 oleh Gabungan Persatuan
Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menunjukkan bahawa formula
“2-4-3” yang dilaksanakan pada Tahap I di SJK(C) bukan sahaja menjejaskan
pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga menjejaskan tahap penguasaan
murid-murid terhadap bahasa Cina akibat jumlah waktu pengajaran bagi mata
pelajaran yang disampaikan dalam bahasa Cina dikurangkan. Pelaksanaan
formula “6-2-3-2” dalam Tahap II juga menimbulkan masalah-masalah seperti
yang berlaku dalam Tahap I. Misalnya, 5 waktu yang diperuntukkan bagi mata
pelajaran Sains yang menggunakan bahasa Cina sebelum ini telah dikurangkan
kepada 3 waktu, manakala 2 waktu lagi diperuntukkan untuk mengajar Sains
dalam bahasa Inggeris, ini menyebabkan mata pelajaran Sains tidak dapat
dihabiskan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan, dan seterusnya
menjejaskan pembelajaran murid-murid.
③ Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia telah
menerbitkan sebuah buku berjudul “The Cry : The Implications of Teaching Maths
and Science in English in Tamil Schools” bagi menunjukkan bahawa dasar PPSMI
yang dilaksanakan di SJK(T) meningkatkan kadar keciciran di kalangan
murid-murid India, dan membawa implikasi negatif kepada pembangunan
sosio-ekonomi masyarakat India. Kira-kira 85% murid-murid India di SJK(T)
berasal daripada keluarga miskin dan SJK(T) merupakan tempat bagi mereka
untuk memperolehi pendidikan asas. Murid-murid India di SJK(T) menghadapi
masalah keciciran di bawah dasar PPSMI akibat kegagalan menguasai bahasa
Inggeris, ini bukan sahaja menafikan peluang masyarakat India untuk
mempertingkatkan tahap pendidikan dan memperbaiki taraf hidup, malah
memudaratkan lagi masalah kemiskinan kaum India.
4
④ Kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari
7 buah universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan seliaan
Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 90 buah sekolah rendah
(murid Darjah 5) di seluruh negara menunjukkan bahawa PPSMI gagal
memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah
kebangsaan luar bandar.
⑤ Selain itu, dapatan kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron
dari UPSI (Januari 2008) terhadap 1703 orang murid Darjah 5 di 28 buah sekolah
rendah dan 1692 orang guru juga hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh
PEMBINA, iaitu, PPSMI tidak mendatangkan manfaat kepada pelajar.
(3) Pandangan Dan Cadangan Kami
Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah lima kali mengadakan Persidangan
Meja Bulat PPSMI bagi mendapatkan input pelbagai pihak terhadap hala tuju dasar
PPSMI. Pada hakikatnya, kebanyakan pertubuhan-pertubuhan daripada pelbagai
kaum seperti Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China
Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao
Zong), Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA), Persatuan Linguistik Malaysia,
para pensyarah universiti-universiti tempatan, bekas pegawai-pegawai tinggi
Kementerian Pelajaran dan wakil parti-parti politik pemerintah dan pembangkang
yang hadir dalam persidangan-persidangan tersebut turut bersama-sama menyeru
kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di semua aliran sekolah rendah di samping
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui mata pelajaran Bahasa Inggeris
itu sendiri.
Berdasarkan maklum balas daripada pelbagai pihak, khasnya kaji selidik
pertubuhan-pertubuhan pendidikan pelbagai kaum dan ahli-ahli akademik, jelas
sekali menunjukkan bahawa dasar PPSMI telah membawa kesan negatif yang
mendalam kepada semua aliran sekolah rendah, terutamanya menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, kerana dasar ini langsung mengingkari
prinsip pendidikan bahasa ibunda dan prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa.
5
Selain itu, mengikut Akta Pendidikan 1996, bahasa pengantar utama bagi Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
masing-masing ialah bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Oleh itu,
pelaksanaan dasar PPSMI bertentangan dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996
dan jaminan kerajaan tidak mengubah bahasa pengantar utama ketiga-tiga aliran
sekolah rendah tersebut. Pada hakikatnya, dasar PPSMI telah menjejaskan
kebolehpercayaan kerajaan dan menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat
pelbagai kaum di negara kita.
Kami dengan tegasnya membantah pelaksanaan dasar PPSMI di sekolah rendah.
Sehubungan itu,
1. Kami menyeru kerajaan memansuhkan dasar pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil.
2. Kami menyeru kerajaan mengembalikan dengan segera penggunaan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik, iaitu pengajaran, pembelajaran dan peperiksaan mata pelajaran
Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa kebangsaan di Sekolah
Kebangsaan dan dalam bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
dalam bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
3. Kami bersetuju supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
sebagai satu mata pelajaran tersendiri diperkukuhkan dan dipertingkatkan di
semua sekolah. Kami menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat, tetapi ia perlu dilaksanakan
berdasarkan kurikulum, tenaga pengajar, bahan-bahan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris, supaya
betul-betul menepati prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kami
menyeru kerajaan mengambil tindakan serius untuk memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk memastikan pelajar
kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Selama ini,
sebahagian pelajar kita terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar, tidak
6
fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka
selama 11 tahun dari Darjah 1 hingga Tingkatan V. Masalah inilah yang
sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukannya mengubah kepada dasar
PPSMI, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.
(4) Penutup
Pendidikan adalah satu aspek yang penting dalam agenda pembangunan negara.
Memandangkan dasar PPSMI telah menimbulkan pelbagai masalah dan kesan
negatif kepada semua aliran sekolah rendah, maka, sekiranya kerajaan tetap
meneruskan dasar PPSMI, bukan sahaja lebih ramai lagi kanak-kanak akan menjadi
mangsa, malah juga akan melemahkan mutu pendidikan negara, dan akhirnya
menjejaskan pembangunan dan daya saing negara di dunia sejagat.
Dengan tulus ikhlasnya kami menyampaikan memorandum ini dan besarlah harapan
kami agar sudilah kiranya Yang Amat Berhormat Tan Sri memandang serius
pandangan dan cadangan kami untuk mengembalikan penggunaan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
di semua aliran sekolah rendah.
7
LAMPIRAN:
“Cadangan-Cadangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Utama
Untuk Menyelesaikan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pendididkan
Aliran Bahasa Cina ”
(1) Pendahuluan
Selain daripada isu Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI), selama ini pendidikan aliran bahasa Cina juga menghadapi pelbagai
masalah yang menyebabkan perkembangannya tersekat. Bersama-sama ini, dengan tulus
ikhlasnya kami mengemukakan cadangan-cadangan untuk pertimbangan dan tindakan Yang
Amat Berhormat Tan Sri, supaya masalah-masalah yang dihadapi oleh pendidikan aliran
bahasa Cina sekian lama ini dapat diselesaikan dengan sempurna.
(2) Cadangan-Cadangan Kami
2.1 Cadangan Melaksanakan Satu Sistem Perancangan Dan Pembinaan Sekolah
Yang Munasabah Bagi Semua Aliran Sekolah
Kami menyeru kerajaan mengkaji semula dan meminda garis panduan perancangan sekolah
serta mengadakan satu sistem pembinaan sekolah bagi semua aliran sekolah dengan
menyediakan tanah rizab sekolah dan peruntukan pembangunan untuk membina sekolah
mana-mana aliran yang diperlukan oleh penduduk-penduduk di setiap kawasan perumahan.
2.2 Cadangan Memberi Peruntukan Kewangan Secara Adil Kepada Sekolah
Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Selama ini, hak milik tapak sekolah, iaitu sama ada dimiliki oleh kerajaan atau lembaga
pengurus sekolah telah dijadikan ukuran untuk memberi peruntukan kewangan kepada
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Kami berpendapat bahawa dasar sedemikian
adalah tidak munasabah, kerana telah menyebabkan sekolah bantuan kerajaan tidak diberi
bantuan kewangan yang sewajarnya. Sebenarnya tidak kira sekolah kerajaan mahupun
sekolah bantuan kerajaan, semuanya merupakan sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan, dan
telah diberi tanggungjawab yang sama, iaitu melahirkan modal insan untuk pembangunan
negara. Maka, kerajaan seharusnya memberi layanan yang samarata kepada sekolah kerajaan
dan sekolah bantuan kerajaan.
Kami menyeru kerajaan memberi peruntukan kewangan secara adil kepada sekolah kerajaan
dan sekolah bantuan kerajaan berdasarkan bilangan murid dan keperluan sebenar
masing-masing supaya tidak ada mana-mana sekolah yang diketepikan dalam arus
pembangunan negara.
8
2.3 Cadangan Mewujudkan Pelan Latihan Perguruan Yang Sempurna Dan
Menyeluruh Untuk Menyelesaikan Masalah Kekurangan Guru Terlatih Di
SJKC
Kami menyeru kerajaan mewujudkan satu pelan latihan perguruan yang sempurna dan
menyeluruh secara profesional, telus dan sistematik untuk melahirkan guru terlatih yang
mencukupi berdasarkan mata pelajaran yang diperlukan supaya masalah kekurangan guru
terlatih di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah berlarutan berpuluh-puluh tahun
dapat diatasi dengan sepenuhnya.
Untuk tujuan tersebut, kami bercadang supaya kerajaan menerima Sijil Peperiksaan Bersama
(Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina sebagai salah
satu kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Guru atau jurusan
pendidikan perguruan di universiti-universiti awam tempatan, agar lebih banyak calon yang
berkualiti diberi peluang untuk dilatihkan sebagai guru SJKC.
2.4 Cadangan Memberi Peruntukan Kewangan Tahunan Dan Mengiktiraf Sijil
Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) merupakan institusi pendidikan bukan
keuntungan (non-profit), dan selama ini telah melahirkan banyak tenaga manusia untuk
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, kami menyeru kerajaan memperuntukkan bantuan
kewangan berdasarkan bilangan murid kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam
Belanjawan Negara setiap tahun.
Kami juga menyeru kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination
Certificate, UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina dan menerima sijil tersebut sebagai
salah satu kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi
pendidikan guru.
2.5 Cadangan Menetapkan Kuasa Pengelolaan Lembaga Pengelola SJK(C) Serta
Mengumumkan Peraturan-Peraturan Pendidikan Berkenaan Lembaga
Pengelola SJK(C) Di Bawah Akta Pendidikan 1996
Lembaga Pengelola SJK(C) telah banyak berjasa kepada pembangunan negara, sumbangan
mereka tidak boleh dinafikan. Tambahan pula, kedudukan dan kuasa pengelolaan telah
termaktub dalam Akta Pendidikan, maka, kuasa pengelolaan lembaga pengelola adalah sahih
dalam perundangan dan tidak boleh diragui.
Walaupun Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa selama 10 tahun, tetapi hingga hari ini,
peraturan-peraturan pendidikan berkenaan lembaga pengelola di bawah Akta Pendidikan 1996
masih belum diumumkan. Ini menyebabkan masyarakat Cina bimbang kuasa lembaga
pengelola akan dinafikan oleh pihak berkuasa.
Kami menyeru kerajaan menetapkan kuasa pengelolaan Lembaga Pengelola SJK(C) serta
mengumumkan peraturan-peraturan pendidikan berkenaan Lembaga Pengelola SJK(C)
dengan segera untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.
9
(3) Penutup
Besarlah harapan kami agar sudilah kiranya Yang Amat Berhormat Tan Sri mengambil
prihatin dan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan kami.
Semoga di bawah pimpinan dan usaha Yang Amat Berhormat Tan Sri, masalah-masalah yang
dihadapi oleh pendidikan aliran bahasa Cina sekian lama ini dapat diselesaikan dengan
sepenuhnya, dan seterusnya membangunkan negara kita sebagai pusat pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf tinggi yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara serantau.

http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/ministry02.pdf

Khamis, 18 Jun 2009

Khamis, 11 Jun 2009

Selasa, 9 Jun 2009

07 Jun, 2009 19:02 PM

Muktamar PAS Labuh Tirai Dengan Tekad Keterbukaan Islam

Oleh Syed Azwan Syed Ali

SHAH ALAM, 7 Jun (Bernama) -- Muktamar Tahunan PAS Ke-55 melabuhkan tirainya hari ini dengan pucuk pimpinan parti itu bertekad membuka pintu toleransinya kepada mana-mana pihak dalam menegakkan syiar Islam.

Ini merujuk kepada perbincangan PAS dengan Umno dan kemungkinan penubuhan kerajaan perpaduan yang mendapat tentangan terbuka beberapa perwakilan dan pemimpin daripada ketiga-tiga sayap parti.

Mereka khuatir jika kepimpinan parti tersasar daripada landasan parti dan bimbang sekiranya parti mengulangi kesilapan lalu iaitu ketika parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 sebelum keluar daripadanya empat tahun kemudian.

Keterbukaan itu juga dikhuatiri menjejaskan hubungan PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun sepertimana ditegaskan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, adalah berdosa sekiranya seseorang itu tidak mematuhi pemimpin selagi pemimpin itu tidak melanggar syarak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan menegaskan perjuangan menegakkan syiar Islam yang menjadi landasan perjuangan parti perlu merentasi sempadan politik sekalipun dengan musuh.

Dalam meyakinkan perwakilan, tokoh ulama itu berkata perjuangan menegakkan syiar Islam boleh dilakukan melalui muzakarah dan persefahaman (sepertimana dilakukan dalam pakatan pembangkang), malah berperang.

Namun jalan terbaik dalam menegakkan syiar agama adalah melalui perdamaian, kata Abdul Hadi merujuk kepada keterbukaan pucuk pimpinan parti dalam soal pembentukan kerajaan perpaduan.

"Di sini perlu kesabaran, jangan kita tutup pintu langsung hingga bercanggah dengan perintah Allah," kata Abdul Hadi sambil meminta ahli parti itu bersatu dan menangkis cubaan lawan untuk memecah-belahkan mereka.

Katanya, apa yang penting adalah bagi setiap ahli untuk membezakan musuh sebenar dengan musuh direka cipta yang dibuat beberapa pihak dengan mewujudkan istilah ulama promuzakarah dan profesional propakatan.

Hakikat ini meningggalkan dua cabaran kepada kepimpinan PAS terutama Abdul Hadi untuk meyakinkan ahli PAS dan sekutunya dalam pakatan pembangkang tentang sejauh mana keterbukaan itu akan menguntungkan semua pihak.

Sikap keterbukaan pimpinan PAS itu turut menimbulkan kekhuatiran di kalangan Kelab Penyokong PAS yang ahlinya terdiri daripada bukan Islam.

"Mereka bertanya adakah PAS meninggalkan mereka dan menjadi kawan setia Umno," kata wakil kelab penyokong PAS Vincent Lee merujuk kepada rundingan sulit dengan Umno yang disifatkan mengguriskan perasaan penyokong bukan Islam dan DAP selaku sekutu PAS.

Cabaran kedua Abdul Hadi adalah untuk membetulkan persepsi di kalangan ahli PAS tentang dakwaan wujudnya dua golongan dalam PAS yang mungkin merapuhkan kekuatan parti itu jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Namun seperti kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasaruddin Hassan Tantawi, dalam ucapan penggulungannya yang membawa maksud jangan kerana kebencian kepada Umno menyebabkan dakwah Islam tidak sampai kepada mereka.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=416441

Rabu, 3 Jun 2009


Muhyiddin tegur Utusan


Rahmah Ghazali Jun 2, 09 7:00pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.

Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kata Muhyiddin, nasihatnya itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekankan soal kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

"Itu (konsep 1Malaysia) sangat penting sebab kita tidak mahu mewujudkan sebarang ketidakpuasan hati di kalangan kita.

"Kita berada dalam keamanan sejak 52 tahun lalu, dan kita telah membina hubungan baik dan kita seharusnya menyambung dan menghormatinya," katanya.

Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman.


ARKIB : 31/05/2009




Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat

Selasa, 2 Jun 2009

Isnin, 1 Jun 2009

[Redaksi Kontroversi] Manohara berhasil kabur dan kembali ke tanah air. 31/05/2009



Manohara Odelia Pinot
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari

Manohara Odelia PinotManohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, Indonesia, 28 Februari 1992; umur 17 tahun) adalah seorang model Indonesia. Manohara memiliki darah campuran Perancis dan Bugis, Indonesia serta tetap berkewarganegaraan Indonesia. Manohara dipersunting oleh pangeran asal Kerajaan Kelantan, Malaysia Barat bernama Tengku Muhammad Fakhry pada 26 Agustus 2008.

Daftar isi [sembunyikan]
1 Karier
2 Kehidupan pribadi
3 Pranala luar
4 Referensi

[sunting] Karier
Lahir dari orang tua berkebangsaan Perancis, Reiner Pinot Noack dan keturunan bangsawan Bugis, Daisy Fajarina. Manohara adalah seorang model. Di usianya yang masih belia, tapi ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia oleh Majalah Harper's Bazaar.

[sunting] Kehidupan pribadi
Nama Manohara mencuat di berbagai media massa pada pertengahan bulan April 2009. Manohara dikabarkan diculik oleh suaminya sendiri, Tengku Fakhry. [1] Peristiwa ini bermula dari pertemuan Manohara dengan Tengku pada bulan Desember 2006 saat jamuan makan malam oleh Wakil Perdana Menteri Malaysia. [2] Singkat kata, sang pangeran jatuh hari dan berniat menjalin hubungan serius dengan Manohara yang saat berusia 15 tahun. Melihat background keluarga dan sikap Tengku, Daisy Fajarina, sang ibu, mengijinkan mereka berpacaran.

Tak berselang beberapa, Tengku berniat menikahi Manohara, setelah Manohara terenggut keperawanannya olehnya pada acara tahun baru 2007 silam. Meski sempat terganjal masalah wali nikah, umur Manohara yang masih di bawah umur (masih 16 tahun saat itu), dan surat KBRI yang tidak ada, namun pernikahan Manohara dan Tengku dapat berlangsung di Malaysia, 26 Agustus 2008.

Manohara dikabarkan mengalami perlakuan yang tidak menyenangkan dari suaminya, maka ia pun kabur kembali ke Jakarta melalui Singapura. Mengetahui istri pergi, Tengku bermaksud menjemput Manohara. Ia bahkan membelikan mobil sebagai hadiah ulang tahun Manohara pada bulan Februari 2009. Tak hanya itu, ia pun mengajak Manohara serta keluarganya untuk umroh bersama.

Saat akan kembali ke tanah air, setelah selesai umroh pada 9 Maret 2009, kabarnya sang ibunda dan saudara tirinya, Dewi Sari Asih, ditinggalkan begitu saja di bandara.

Tak tinggal diam, sang ibu bersama anaknya, Dewi berusaha meminta bantuan Pemerintah Indonesia dan Komnas HAM. [3] Karena Daisy sempat mengalami pencekalan ketika akan mengunjungi putrinya di Malaysia.[4]

Kasus Manohara mendapatkan perhatian yang lebih tinggi ketika Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak mengelak pertanyaan mengenai tuduhan penculikan Manohara oleh seorang Pangeran Malaysia saat ia bertemu Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta pada 23 April 2009.[5] Ibu Manohara menggelar konferensi pers di Komisi Nasional Anti Kekerasan Terhadap Perempuan di Jakarta. Ia mengeluhkan pencekalan otoritas Malaysia yang mencegahnya memasuki Malaysia untuk menjenguk keadaan putrinya. Tindakan menutupi fakta seperti ini mirip dengan kasus pembunuhan Altantuya Shariibuu, model Mongolia yang dibunuh di Malaysia.[6] Pemerintah Indonesia meminta penjelasan dari Pemerintah Malaysia atas alasan apa seorang perempuan Indonesia tidak diizinkan menemui anaknya yang menurutnya telah dianiaya oleh suaminya yang anggota keluarga kerajaan di Malaysia.[7]

Sebelum menikah dengan Tengku Fakhry, Manohara pernah menjalin hubungan dengan beberapa lelaki, sebut saja Ardi Bakrie, salah satu komisaris utama TVOne dan Ryan Haryanto, [8] pembalap muda asal Singapura.

Sejak kasus ini mencuat, banyak beredar foto-foto pribadi Manohara. [9] Bahkan di beberapa situs dan blog asal Malaysia menampilkan foto-foto mesra Manohara dan Tengku. [10] Dalam foto-foto tersebut menampilkan keadaan Manohara yang baik-baik saja. Hingga saat ini belum ada jawaban resmi dari pihak Kerajaan kelantan berkaitan dengan kasus ini.

Pada Minggu 31 Mei 2009, Manohara berhasil kabur dari kawalan pihak Kerajaan Kelantan di Singapura dan pulang kembali ke Indonesia bersama ibunya.[11] Pada saat itu Manohara dan keluarga Kerajaan Kelantan berada di Singapura untuk menjenguk Sultan Kelantan yang tengah berobat di Singapura. Pada saat itu Daisy Fajarina juga tengah berada di Singapura untuk bertemu Manohara. Manohara menelepon ibunya dan memberi tahu hotel tempat ia menginap. Manohara berusaha menyelinap keluar dari hotel, tetapi saat berada di lift di lantai 3 ia dicegat pengawal Kesultanan Kelantan yang berusaha memaksanya kembali ke kamar. Dalam keadaan terdesak Manohara menekan tombol darurat di dalam lift untuk menarik perhatian sekuriti hotel dan aparat keamanan setempat. Karena menyadari adanya kamera CCTV di lift dan koridor hotel, bodyguard Kelantan menahan diri untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap Manohara. Dikabarkan Manohara telah menelepon Kedutaan Besar Indonesia di Singapura untuk meminta perlindungan, akan tetapi tidak dikabulkan dengan alasan hari itu hari minggu dan tidak ada orang yang bertugas, meskipun Manohara menegaskan bahwa ini adalah keadaan darurat. Karena ayahnya adalah warga negara Amerika Serikat, Manohara kemudian mencoba menelepon Kedutaan Besar Amerika Serikat di Singapura yang kemudian menjawab permohonan pertolongan Manohara dengan mengirimkan polisi Singapura dan agen Amerika. Daisy tiba di hotel dan menunggu Manohara di lobi hotel karena ia tidak tahu di mana kamar Manohara. Atas petunjuk seorang perempuan warga negara Indonesia yang mengetahui adanya keributan di lantai 3, Daisy memperoleh petunjuk di mana keberadaan Manohara. Daisy akhirnya berhasil bertemu putrinya. Berkat perlindungan diplomatik dari aparat Singapura dan Kedutaan AS, Manohara bersama ibunya berhasil kembali ke Indonesia. Melalui konferensi pers Manohara menyatakan bahwa segala tuduhan penculikan dan penganiayaan yang dilayangkan ibunya kepada Pangeran Kelantan adalah fakta, Manohara menyatakan tidak mau kembali ke Kelantan dan menyatakan niatnya untuk bercerai dari Tengku Fakhry.[12]

http://id.wikipedia.org/wiki/Manohara_Odelia_Pinot


Manohara Odelia Pinot

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, Indonesia, 28 Februari 1992; umur 17 tahun) Gelaran manjanya ialah 'Mano' . Beliau merupakan isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera Sultan Kelantan,Malaysia setelah berkahwin pada 26 Ogos 2008 di Malaysia .Gelaran beliau ialah Cik Puan Temenggong Kelantan . Masalah ini perlu diselesaikan segera agar tidak merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia.Sudah berlaku siri tunjuk perasaan di Indonesia berhubung perkara ini.[1]

Beliau berasal dari Republik Indonesia dan merupakan seorang model sebelum berkahwin. Wajahnya cantik kerana memiliki darah campuran Perancis dan Bugis. Dia boleh berbahasa Inggeris , bahasa Perancis selain bahasa Melayu.

Isi kandungan [sorok]
1 Keluarga
2 Mengerjakan umrah
3 Bertemu ibu di Singapura
4 Dakwa dirinya didera
5 Laporan media Malaysia berbeza
6 Reaksi kerajaan Malaysia
7 Rujukan

[sunting] Keluarga
Bapanya Reiner Pinot Noack keturunan Perancis tetapi warganegara Amerika Syarikat dan ibunya bangsawan Bugis, Daisy Fadjarina. Mereka tinggal di Jl Anggrek Cendrawasih Kav 5-7, Slipi, Jakarta Barat.[2] Manohara adalah anak bungsu, kakak sulungnya ialah Dewi Sari Asih .Manohara menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia oleh Majalah Harper's Bazaar. Dia sangat sukakan makanan siomay .

Ibu mengidap penyakit kanser dan amat berharap bertemu dengan anaknya yang tercinta itu. Manohara bertemu dengan Tengku Temenggung Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra sewaktu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Jakarta pada 2006. Tengku Muhammad Fakhry merupakan putera ke-3 Sultan Kelantan.

Laporan CCTV, Daisy berhutang dan masih tidak mampu membayar hutang tersebut. Dalam kebanyakan sidang media di televisyen, Daisy sentiasa bertudung dan biasa menggunakan telefon canggih.[3]

Daisy menafikan dia dan suaminya berhutang semasa berada di Perancis. Beliau juga menafikan dipenjara selama 4 dan 18 bulan kerana menyiksa pembantu rumahnya Shaliha (25).[4]Pada Februari 2007, suami Daisy berusaha mencium Shaliha. Sejak itu, Shaliha berkali-kali mengalami pelecehan seksual . Dikatakan, Daisy lari ke Indonesia dan tidak ada perjanjian ektradisi Indonesia-Perancis.[5] Hal ini dilaporakan dalam akhbar Perancis , Nice Matin pada 22 April 2008. Sumber berita ini dari kerabat kerajaan Kelantan, Muhammad Ichsan Abdurahman Saleh, yang menetap di di Jalan Lodan II D, Ancol, Jakarta Utara, pada 15 Mei 2009.[6]

[sunting] Mengerjakan umrah

Ibunya Daisy Farajina mendakwa anaknya dilarikan secara paksa setelah selesai mengerjakan umrah di Arab Saudi dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari 2009 .Ibunya, Daisy Fajarina dan suami Tengku Fakhry mengerjakan umrah di Mekah. Sejak itu Jabatan Imigresen Malaysia menghalang keluarganya masuk ke Malaysia untuk bertemu dengan Manohara.[7]


[sunting] Bertemu ibu di Singapura

Daisy dapat maklumat seorang kerabat diraja Kelantan bahawa Manohara berada di Hotel Royal, Scotts Road, Singapura.Ketika itu Manohara menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan jantung. Lalu Daisy dan anaknya Dewi pergi Singapura . Atas maklumat seorang wanita, Daisy bertemu dengan Manohara di lif tingkat 3 hotel itu. Ketika itu Manohara sedang menjerit-jerit agar tidak dihalang-halang oleh pengawal. Sepasukan polis Singapura kemudian datang menenangkan keadaan.

Manohara Odelia melarikan diri ke Jakarta dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta . Walaupun tanpa dokumen lengkap, Manohara berjaya tiba ke Jakarta dengan bantuan [[Kedutaan Indonesia[[ dan Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama Jabatan Imigresen Singapura.NGO Indonesia iaitu Laskar Merah Putih bertanggungjawab membawa lari wanita itu dari Singapura.


[sunting] Dakwa dirinya didera

Pada 1 Jun 2009, Detik.com melaporkan, ibunya mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada. Pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan psikiatri akan dijalankan untuk mencari kebenaran dakwaan. Peguam akan menguruskan tuntutan cerai secepat mungkin. Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa dianiaya . Sebelum ini ibunya Daisy Fajarina mendedahkan kes itu pada 20 April 2009 dan menggemparkan media Indonesia dan Malaysia.

Dalam sidang media langsung dari stesen televisyen TV One di Jakarta, Manohara dikatakan menyalahkan pihak istana yang mengetahui nasib buruk yang dialaminya tetapi tidak bertindak membelanya.Foto yang menunjukkan beliau dilukakan di bahagian dada telah diserahkan kepada polis Malaysia tetapi tiada tindakan diambil.Manohara Odelia juga menyalahkan media massa Malaysia yang sering memberikan gambaran bahawa beliau sentiasa dalam keadaan baik. Media Malaysia hanya mengambil foto tetapi tidak menyoal apa-apa kepada Manohara.Manohara menuduh kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur gagal menjalankan tugasnya dengan baik .Namun pegawai di Pejabat Luar Negeri Indonesia menafikannya.

Dalam wawancara Manohara Odelia dengan televisyen ANTV, Manohara mendakwa diberikan suntikan hormon untuk menambah berat badannya. Dia disuntik hormon dan berat badan saya bertambah 15 kg dalam waktu dua bulan. Malah 10 kg pertama kenaikan berat badan saya terjadi dalam waktu empat hari.Manohara juga menyatakan tidak mau kembali ke Kelantan dan menyatakan niatnya untuk bercerai dari Tengku Fakhry.


[sunting] Laporan media Malaysia berbeza

Pada 31 Mac 2009, Manohara mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa ,Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Pada 16 April 2009, Manohara hadir pada majlis ramah mesra Cik Puan Temenggong dengan isteri-isteri wakil rakyat Pas di sebuah hotel di Kota Bharu.

Pada 26 April 2009, Tengku Mohammad Fakhry dan Manohara Odelia Pinot menyertai 50,000 peminat bolasepak Kelantan menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil .Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor dalam penentuan sepakan penalti.

Pada 27 April 2009, Manohara dan suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hadir pada majlis perasmian Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra Pulai Chondong, Machang , Kelantan. Turut berangkat ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.[8]

Pada 28 April 2009, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia, berangkat ke majlis perkahwinan anak lelaki Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa. Mereka bersalaman dengan pengantin Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnasari Didin Solahudin di Kampung Kota, Kota Bharu. .[9]

[sunting] Reaksi kerajaan Malaysia

Istana Kelantan enggan memberikan sebarang ulasan .Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad,menyatakan tiada kenyataan mengenai Manohara daripada pihak istana Kelantan di Kota Bharu.[10]

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menanggap hal ini sebagai masalah peribadi dan belum sampai ke peringkat untuk siasatan fizikal dan psikologi.[11]


[sunting] Rujukan
Wawancara dengan Manohara
↑ Youtube.com
↑ Kisah Daisy Memeluk Kembali Manohara
↑ Rakaman temubual di Youtube
↑ Rakaman temubual di Youtube.com
↑ Ibu Manohara Buron Perancis
↑ Aniaya Pembantu, Ibu Manohara Jadi Buronan Polisi Perancis
↑ : Laporan blog negatif
↑ Keluarga Manohara cadang saman Istana Kelantan
↑ Manohara Odelia bahagia
↑ Istana Kelantan enggan ulas
↑ Tanggapan Pemerintah Malaysia Atas Tuduhan Manohara Terhadap Fakhry
Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Manohara_Odelia_Pinot

Kategori: Rakyat Indonesia Kelantan






















e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara