IMR TV

IMRTV

Khamis, 15 Disember 2011

Jumaat Disember 9, 2011

Mardi Tawar Teknologi Baru Bagi Pembaikbakaan 

KUALA LUMPUR: Tanaman dan haiwan ternakan yang membawa hasil yang tinggi, rentan terhadap penyakit dan boleh tahan perubahan cuaca penting dalam membangunkan sektor pertanian negara. 

Sekarang ini, tugas menghasilkan tanaman dan ternakan seperti ini adalah lebih mudah berikutan pembangunan pesat dalam bidang genetik di mana tanaman dan haiwan boleh dipilih secara genetik untuk memenuhi keperluan. 

Di Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)berada di hadapan dalam bidang genetik tumbuhan dan telah berjaya dalam menghasilkan pelbagai jenis tanaman yang lebih produktif.  

Dalam menyampaikan pengetahuan dan asetnya kepada pertubuhan berkaitan yang lain, MARDI telah menubuhkan Pusat Penemuan dan Ketepatan Penanda (Centre for Molecular Marker Discovery and Validation-CMDV) di Pusat Penyelidikan Bioteknologi institut itu di Serdang. 

CMDV mungkin berbunyi terlalu teknikal kepada orang ramai tetapi secara ringkasnya ia menyediakan teknologi memilih gen yang perlu dan dengan itu dapat membantu Malaysia menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi dan meningkatkan hasil tanaman komersil seperti kelapa sawit dan getah. 

LANGKAH BESAR BAGI MALAYSIA 

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman berkata CMDV yang merupakan hasil kerjasama MARDI, BiotechCorp dan DNA Landmark Inc. dari Kanada akan menetapkan tanda aras baru teknologi dalam menambahbaik tanaman komersil dan ternakan. CMDV ini akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan jenis baru tanaman dan haiwan dengan cepat dan cekap menggunakan penanda DNA untuk memilih ciri-ciri yang diingini. 

Ini berlainan daripada kaedah pembaikbakaan konvensional di mana tanaman dan haiwan dipilih untuk pembaikbakaan dengan memerhatikan ciri-ciri baik mereka dari luar (fenotip). 

"Mardi dipilih sebagai pengendali teknologi ini kerana pengalaman meluasnya dalam bidang penanda molekul dan genom pertanian dan CMDV ini terbuka bagi institusi awam dan persendirian dalam bidang yang berkaitan. 

CMDV BANTU PENGELUARAN MAKANAN YANG CUKUP 

Memandangkan CMDV boleh membawa sumbangan besar kepada aspirasi negara, maka tidaklah mengejutkan jika CMDV adalah lima daripada kelompok kecil yang bertindak sebagai pemboleh EPP14 di bawah program transformasi ekonomi. 

Sehingga ini aktiviti pembaikbakaan lazimnya menggunakan kaedah-kaedah konvensional, tidak banyak menumpukan pada penyelidikan dan teknologi bagi menambahbaik tetapi di bawah EPP14 sasaran telah ditetapkan untuk menghasilkan benih berkualiti tinggi/bahan pembaikbaka yang dibangunkan melalui teknologi berbantukan penanda molekul menjelang 2015. 

CMDV bernilai RM13.35 juta ini mengambil masa satu setangah tahun untuk disiapkan dengan ia juga menawarkan khidmat cap jari DNA bagi tanaman dan ternakan terpilih. Dr Abd Shukor berkata pusat canggih ini dapat menganalisis DNA ternakan dan tanaman dengan ketepatan yang tinggi dalam bilangan besar, mengekstrak sehingga 1000 sampel DNA sehari. 

CMDV LANGKAH KE HADAPAN 

Dr Abd Shukor berkata dalam meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang ini, tujuh saintis MARDI telah dihantar menjalani latihan tiga bulan bersama DNA Landmark di Kanada. 

"Setiap daripada saintis ini mempunyai pengkhususan masing-masing - biologi molekular tumbuhan, biologi molekular haiwan, pembaikbakaan tanaman dan haiwan serta bioinformatik," katanya. 

MARDI, katanya, bersedia menawarkan khidmat teknikal serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan bersama dengan sektor awam dan swasta untuk muncul dengan jenis tanaman dan ternakan yang lebih baik. 

Dr Abd Shukor menambahkata teknologi ini boleh membawa sumbangan besar kepada usaha menambahbaik keluaran sektor pertanian negara dan bantu negara capai matlamat menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi. 

CMDV ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas semasa acara BioMalaysia 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini. 

Sehingga ini Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd dan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) menandatangani MoU dengan MARDI dan BiotechCorp untuk menggunakan kemudahan CMDV. - BERNAMA

Ahad, 4 Disember 2011

Isnin, 7 November 2011

Sabtu, 5 November 2011

Kemasukkan Pelajar Baru ASWARA 2010 (18 Jun 2010)

Catatan ringkas: Islam dan homoseksualiti

“Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam…..” [3:159]

Perbahasan mengenai homoseksualiti dan Islam bukanlah perkara asing dan taboo bagi para pengkaji dan pemikir. Daripada aspek hukum sehingga bagaimana masyarakat sewajarnya menyantuni isu ini telah dibahaskan dengan begitu panjang lebar oleh para sarjana.

Sayangnya, sikap masyarakat Islam yang tidak berupaya mencedok dan menghadam perbahasan tersebut dengan berhati-hati telah menjejaskan imej yang ingin kita potretkan kepada Islam.

Islam bukanlah agama hukuman sebagaimana yang difahami oleh kebanyakkan Muslim. Bahkan ia adalah agama yang penuh dengan kasih sayang dan mempromosikan keamanan sesuai dengan maknanya – sejahtera.

Trend beragama di Malaysia sangat membimbangkan, kita terlalu rigid dan menyempitkan agama di dalam perkarangan masjid dan surau sahaja. Kita mudah untuk mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambilkira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ianya haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita.

Apabila timbul isu Elton John dan Seksualiti Merdeka, ramai Muslim termasuk badan-badan NGO yang membawa jenama Islam melenting dan menunjukan reaksi yang tidak wajar.

Alasan mereka mudah, perkara seperti ini mempromosikan cara hidup yang tidak Islamik. Kononnya ramai anak muda Islam yang akan terpengaruh dengan cara hidup yang berkiblatkan barat.

Seperti biasa, PERKASA adalah antara yang terawal membuat laporan polis diikuti dengan badan-badan lain dan individu yang kononya risau dan khuatir dengan perkembangan ini.

Rasuah juga satu dosa

Saya tidak bercadang untuk memanjangkan perbahasan tentang hukum homoseksualiti dari sudut agama, kerana ianya jelas. Mahu atau tidak kita mengakui homoseksualiti merupakan suatu dosa dan bertentangan dengan norma – norma agama. Namun sekiranya inilah yang menjadi kegusaran PERKASA serta badan – badan NGO dan individu Muslim yang lain, kegusaran ini tidak berasas.

Ketirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan satu dosa, rasuah juga merupakan satu dosa, penganiayaan terhadap buruh juga merupakan satu dosa, membolot kekayaan negara untuk kroni dan keluarga juga merupakan satu dosa. Bahkan ianya lebih besar dan wajar untuk kita ambil peduli kerana ia melibatkan harta rakyat dan negara. Ia bukan maksiat peribadi.

Islam tidak pernah bersetuju dengan homoseksualiti tetapi Islam adalah agama yang sangat menghormati hak peribadi individu sehingga Allah menegaskan di dalam Surah Al – Hujarat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Tidak menjadi tugas dan kewajipan pemerintah Islam untuk mengintip dan mencari-cari kesalahan dan maksiat individu yang dilakukan secara tertutup dan tersembunyi. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Muawwiyah mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda:

“Sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka”

Samada kita suka atau tidak, homoseksualiti merupakan satu realiti yang mesti kita terima. Pergilah ke ceruk mana sekalipun kita tidak dapat lari dari realiti ini.

Hukum berimankan ‘Ma’boon’

Bahkan sekiranya kita membuka teks–teks klasik fiqh, kita pasti akan bertemu dengan perbahasan mengenai ‘Ma’boon’, iaitu lelaki yang mempunyai perasaan terhadap lelaki lain. Para sarjana Mazhab Maliki menyatakan sah hukumnya berimamkan seorang ‘Ma’boon’.

Saya merasakan kita sewajarnya mengambil langkah yang lebih realistik dalam menyantuni isu ini. Banyak persoalan yang lebih utama untuk kita bangkitkan. Penindasan dan sikap double-standard masyarakat terhadap golongan LGBT ini merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Baca sahaja laporan media dan internet, berapa ramai remaja yang kehilangan nyawanya setiap hari hanya kerana dia seorang homoseksual? Apakah jiwa mereka tidak bernilai pada mata kalian? Adakah ini yang Allah perintahkan?

Adakah kerana mereka homoseksual maka darah mereka halal untuk dikorbankan ? Maruah mereka boleh dipermainkan? Mereka boleh didiskriminasikan dan diperlakukan sesuka hati? Jika jawapannya 'Ya', maka kita bukan sahaja tidak layak menjadi seorang Muslim bahkan tidak layak langsung menjadi manusia. Allah berfirman:

“...Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia keseluruhannya” [5:32]

Kita bebas untuk tidak bersetuju dengan perbuatan mereka. Tetapi sebagai manusia, mereka wajar dihormati dan diperlakukan selayaknya. Tindakan singkat akal yang dilakukan atas nama Islam dalam isu ini telah mencacatkan wajah Islam sebagai agama yang toleran dan penuh dengan kasih sayang. Kenapa Muslim senang sekali menjauhkan manusia lain dari Tuhannya?

Tuhan tidak pernah berjenaka apabila Dia mengatakan:

“Belas kasihku meliputi segala benda....” [7:156]

Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu telah menyampaikan!

Penulis mewakili NGO, Lawyers For Liberty. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

http://www.malaysiakini.com/news/180586

Ahad, 16 Oktober 2011

Jumaat, 7 Oktober 2011

Watch live streaming video from facebookdclive at livestream.com

Rabu, 5 Oktober 2011

HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat


Kenyataan Media


HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.

Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.


Yang benar,

Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid & Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad
Pengerusi Bersama HIMPUN 2011

Sumber : Sekretariat HIMPUN

Muat turun : Kenyataan Media HIMPUN


http://himpun.org/kenyataan-media-himpun-selamatkan-akidah-umat#more-151

Arabic Music "The Desert Lounge I°"

Wonderful Chill Out Music Beach Lounge Mix by Tekiu



lapuria@gmail.com

Selasa, 21 Jun 2011

Habibi ya nour el ain

pasir_selangor.wmv

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part4.wmv

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part3_2

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part2_3

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part4.wmv

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part3_2

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part3.wmv

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part3_3

Wacana Siri: 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part2_2

Wacana Sinar Harian Siri 4: Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman Part1

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part5

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part6



lapuria@gmail.com

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part7



lapuria@gmail.com

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part8



lapuria@gmail.com

Wacana Siri 4 Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman_Part9

Muka Lama Dan Baru Terajui PAS Negeri Selangor

Shah Alam, 20 Jun : Beberapa muka baru telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman bagi menerajui Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) untuk sesi 2011-2013.

Bagi Jawatan Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, telah dilantik bagi mengisi jawatan tersebut, manakala Yang Dipertua PAS (YDP) Sabak Bernam, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Ahli Parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad, yang juga YDP PAS Shah Alam, masing-masing telah dilantik sebagai TPJ 2 dan 3 Negeri Selangor.

Mohd Khairuddin Othman pula dikekalkan sebagai Setiausaha BPPNS dan dibantu oleh Haji Abd Rahman Abdullah sebagai Penolong Setiausaha (PSU). YDP PAS Kelana Jaya, Ir Izham Hashim, yang juha Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungip pula dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan yang baru. Manakala Mohd Jafar Samsudin pula dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya.

Sementara itu, beliau yang juga ADUN Meru, turut mengumumkan perlantikan, Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali Sebagai Ahli BPPNS.

Turut dilantik ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), Mohd Sani Hamzan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), Noraini Hussein, Bekas YDP PAS Selayang, Haji Mohamad Abd Rahman , Ustazah Mariam Abdul Rashid dan Norhalim Sirome.

Dengan perlantikan tersebut juga, PAS Selangor buat pertama kalinya mencatat sejarah, apabila Muslimat PAS paling ramai diamanahkan untuk menganggotai BPPNS, ini kerana selain tiga orang wakil Muslimat PAS yang dilantik sebagai Ahli BPPNS, Ketua DMPN Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan dan Setiausahanya, Nor Azlin Md Samsudin secara automatik turut menggangotai BPPNS. Dengan ini jumlah pimpinan muslimat PAS bagi sesi kali ini ialah seramai lima orang.

http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=844&Itemid=1

Jumaat, 17 Jun 2011

Peranan Harakah dalam pemilihan di Muktamar PAS Ke 57

SATURDAY, JUNE 4, 2011

Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah terpilih pada pemilihan Muktamar PAS ke 57.
Ramai yang berada di dalam keadaan dilema ketika pemilihan kerana ramai yang bertanding adalah kenalan mereka.

Contohnya bagi jawatan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Sdra Mohammad Sabu adalah kenalan saya.

Ustaz Nasha kerap memimpin Usrah di Pandan dan Mat Sabu kerap juga turun berceramah di Pandan.

Walau bagaimanapun bagi pemilihan AJK PAS Pusat, pada saya keputusannya adalah tidak memeranjatkan.

Saya berkata begini kerana saya melihat peranan Harakah di dalam pemilihan kali ini begitu besar.

Terdapat mereka yang sering kali disiarkan berita mereka di dalam Harakah telah mendapat undi yang banyak pada pemilihan AJK Pusat tahun ini.

Ini mungkin dapat menjawab persoalan kenapa nama-nama besar menduduki tempat-tempat di bawah di kalangan 18 orang yang terpilih sebagai AJK Kerja PAS Pusat.

Contohnya Jocelyn Tan dalam Sunday Star 5 Jun 2011 menarik perhatian pembaca tentang undi yang diperolehi oleh YB Khalid Samad adalah lebih banyak dari undi yang diperolehi oleh YB Dato' Hasan Ali. Dato' Hasan adalah seorang Exco dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Walhal YB Khalid adalah hanya seorang ahli Parlimen dan Yang Dipertua PAS Kawasan.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang membaca Harakah tentu menyedari berita YB Khalid disiarkan pada setiap edisi Harakah. Kadang kala bukan satu berita tapi lebih dari itu.

Harakah akan meminta ulasan YB Khalid dalam hampir apa saja isu. Tetapi Dato' Hasan bagaimana? Kita tentu sedia maklum jawapannnya.

Saya bukan hendak menidakkan pemilihan sesiapa tetapi saya bimbang 'crediblity' Harakah akan dipertikaikan.

Ia tidak lagi akan dianggap sebagai media yang mewakili semua ahli tetapi hanya kelompok-kelompok tertentu sahaja.

Mungkin ini berlaku kerana tidak ada saingan kepada Harakah. Mungkin kalau ada saingan maka Harakah akan lebih berhati-hati. Mungkin juga perlu diwujudkan media saingan kepada Harakah.

Jadi bagaimana pemilihan di Muktamar tahun ini?

Saya percaya kepada meritokrasi. Ahli-ahli PAS tidak lagi terpengaruh dengan 'title' seseorang. Mereka melihat kepada hasil. Ini adalah satu perkembangan yang baik. Pemimpin tidak dipilih kerana pandai bercakap sahaja.

Oleh kerana itu Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi. Beliau sungguh aktif dengan NGO ANAK yang memperjuangkan nasib peneroka Felda. Beliau mendapat liputan yang meluas bukan sahaja di dalam media Pakatan Rakyat tetapi media arus perdana. Mazlan memang layak mendapat liputan tersebut.

Jelas sekali media seperti Harakah amat penting. Yang tidak bekerja boleh dilihat bekerja. Yang bekerja juga boleh dilihat seolah-olah tidak bekerja.

Posted by DFK at 6:08 PM

Yasin: Sistem Keadilan & Politik Fitnah



lapuria@gmail.com

dari blog nik abduh

prof aziz bari

Salam Palestin,

Saya terlewat dua hari. Baru sekejap tadi jengok Malaysian Insider cari berita pasal Prof Dr Abdul Aziz Bari kritik Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang untuk ke sekian kalinya.

Tapi dah ada tiga berita rupanya. Kelmari dulu beliau kritik lalu semalam dikritik pula oleh para pemimpin PAS dan hari ini beliau datang lagi mempertahankan kritikannya itu. Ini saya tulis ini kira himpun yang tiga-tiga tu jadi satu.

Terima kasih Prof Aziz kerana kritik. Tahniah Dewan Pemuda PAS Wilayah kerana ‘mengamuk’ dan terima kasih sekali lagi kepada Prof Aziz kerana melarang mereka yang muda-muda itu daripada mengamuk. Antara pantang larang orang-orang akademik ialah tidak boleh mengamuk. Mengamuk tanda tidak akademik dan ilmuan. Nasib baik mereka dah habis belajar di universiti. Jika tidak Prof Aziz akan anggap mereka mahasiswa yang tidak akademik dan berilmu.

Di universiti sekarang, yang terlebih mengamuk ialah kumpulan pro pembangkang. Adapun mahasiswa yang pro kerajaan mereka tidak buat perangai mengamuk. Mereka pada sisi pandang Prof Aziz Bari adalah lebih akademik dan ilmuan. Inilah masalah pembangkang, asyik melahirkan penyokong yang mudah mengamuk. Tak puas hati sikit mengamuk. Dikritik sikit, mengamuk. Mengkritik pun mengamuk.

Tapi saya pula ucap tahniah pada rakan-rakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Bukan hanya kerana mempertahankan balik presiden mereka, tapi kerana mereka dianggap pengamuk oleh Prof Aziz. Saya tak fikir mereka rasa mereka sedang mengamuk semasa tindakan mempertahan itu berlaku. Hanya apabila Prof Aziz kata jangan mengamuk, baru mereka sedar tindakan mereka adalah amukan kepada Prof Aziz di mata Prof Aziz sendiri.

Jadi tindakan mereka cukup berkesan sehingga dianggap satu amukan oleh seorang bertaraf ilmuan dan akademik. Itu bukan calang-calang. Jadi saya fikir kena ucap tahniah kepada rakan-rakan saya itu. Saya sendiri memang tak boleh mengamuk dah. Dah dua hari terlewat. Mengamuk bukan boleh buat-buat, apatah main tangguh-tangguh.

Untuk pengetahuan, baru- baru ini saya tengok di TV ramai orang mengamuk di Mesir dan Tunisia. Hasilnya tumbanglah kedua-dua kerajaan yang sedia ada. Dengar kata, kerajaan tersebut sebelum itu tak suka rakyatnya mengamuk, malah menyekatnya. Nampaknya, mengamuk ini tidak disukai oleh orang-orang akademik seperti Prof Aziz Bari dan kerajaan yang zalim seperti Husni Mubarak.

Tetapi di sisi orang-orang berilmu di medan kehidupan dan perjuangan, oleh kerana sifat amuk itu berakar semulajadi dan tabie sifatnya, apatah di kalangan orang-orang Melayu mengikut kata orang putih, mereka telah menjadikannya satu aset penting memacu perjuangan dan kejayaan. Di Mesir tadi contohnya, amukan rakyat marhaen dan anak-anak muda itu telah disusun dan ditarsyidkan dengan sempurna oleh orang-orang berilmu yang berbakti di medan kehidupan dan perjuangan. Dikatakan, para ulama banyak memainkan peranan besar mengurus kerja-kerja tarsyid terhadap amukan rakyat tersebut sehingga membuahkan hasil yang diinginkan oleh semua termasuk Prof Aziz sendiri, iaitu kemenangan menumbangkan kezaliman. Para ulama tersebut walau bagaimanapun, sepertilah tuan guru presiden, biasanya dianggap lembap, kurang strategi dan terlalu ukhrawi dan kurang duniawi.

Mungkin kerana itulah saya gembira dengan ‘amukan’ pemuda Wilayah itu. Ini kerana mereka mengamuk mempertahankan ulama. Oleh kerana ulama ini kerja besarnya adalah tarsyid dan mengurus kebangkitan umat, maka saya yakin pemuda Wilayah, bahkan seluruh pemuda PAS akan sentiasalah amukan mereka itu terurus dengan baik kerana sentiasa diurus para ulama yang dipertanggung jawab oleh Allah untuk mengurus umat Islam sampai bila-bila selagi tak kiamat.

Tapi, Prof Aziz Bari tak boleh mengamuk. Pertama beliau tak suka orang mengamuk, maka mana boleh dia memgamuk? Kedua, jika beliau mengamuk tak ada ulama atau sesiapa pun boleh uruskan dia. Lihat saja dua tahun lepas, beliau telah mengamuk dan amukannya tak henti-henti sehingga datang mursyidul am PAS mengarahkan sebuah muktamar tergempar parti PAS untuk ‘menyelesaikan’ amukan Prof Aziz itu. Susah habis segala orang bila amukan tiada tarsyid berlaku.

Mungkin Prof Aziz Bari tak merasa pun dia mengamuk pada masa itu, tetapi saya dan ramai melihat dia telah mengamuk. Samalah seperti Prof Aziz anggap pemuda PAS Wilayah mengamuk hari ini sedangkan mereka tak rasa pun mereka sedang mengamuk.

Untuk pengetahuan, orang mengamuk secara umumnya memang tak sedar dia mengamuk. Kita hanya boleh melarang orang mengamuk selama mana kita sendiri tidak dalam dunia amukan.

Kemudian, Prof Aziz Bari nampaknya begitu bersyukur PAS kalah di Beting Maro, Sarawak dalam pilihan raya negeri itu baru-baru ini. Agak lama beliau tidak memiliki peluru buat membedil tuan guru presiden. Bayangkan jika PAS menang, peluru itu pasti bertukar menjadi peluru plastik. Prof Aziz akan bungkam atau jika dia mahu menembak juga dia akan berkata, sepatutnya PAS menang di dua atau tiga kerusi yang ditandinginya atau PAS sepatutnya bertanding di seluruh DUN majoriti Islam! Ha, keplastikan sangat peluru itukan. Maka mari bersyukur PAS kalah di Beting Maro..

Kemudian, Prof nampaknya terus mengagumi dan meratapi pemergian almarhum Dato Fadhil Nor. Seolah-olah beliau berkata, oh, kalaulah almarhum masih hidup, bla bla..

Saya pula lain. Bagi saya nasib baik beliau telah pergi menemui kekasihnya yang hakiki itu. Kerana ‘jikalah’ beliau hidup, siapa pula akan memimpin Pakatan Rakyat? Fadhil Nor atau Anwar? Saya naik bimbang pula bahawa Prof Aziz pada masa itu akan menghentam Anwar pula semacam RPK lakukan atau mencincang lumat almarhum Dato Fadhil Nor sambil berkata, “Kamu ni menyusahkan, sepatutnya kamu telah mati 10 tahun lepas lagi.” Bahasa orang mengamuk mana boleh agak?

Jadi, bagi saya, ketiadaan almarhum yang telah dipilih awal oleh Allah itu adalah kebaikan untuk semua. DSAI selesa memimpin PR dan Prof Aziz pula selesa melibas sana sini, wassana wassini.

Akhirnya, bagi saya, presiden PAS adalah liabiti jika;

Pertama, jika beliaulah yang telah mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak dalam PRN Sarawak baru-baru ini yang telah menyebabkab PBB memperolehi undi swing Melayu Melanau Islam di sana dengan mudah dan percuma yang menyebabkan PAS apatah PKR sendiri kehilangan banyak undi.

Kedua, jika beliaulah yang mendesak MB Kelantan agar mengekalkan
larangan premis jualan untuk judi loteri yang mencetuskan kemarahan DAP, MCA, kaki judi dan sebahagian non muslim lelaki (wanita mana suka suami berjudi?).

Ketiga, jika beliau tidak suka Prof Aziz Bari mengkritiknya.

Jika tidak, maka tidaklah. Jadi, nasihat saya, teruslah mengkritik dan teruslah mengamuk. Kedua-duanya adalah bukan liabiliti buat PAS dan para ulama rabbani.

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara