Perpaduan Melayu bagai telur di hujung tanduk - Raja Nazrin
IMR TV
IMRTV
Rabu, 20 Februari 2013
Jumaat, 15 Februari 2013
Kalimah ALLAH: Anggota Pas, NGO anjur protes
15 Februari 2013
GEORGETOWN - Sekumpulan anggota Pas dan badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Bantahan secara aman itu berlangsung kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini.
Kumpulan berkenaan turut membakar akhbar keluaran kerajaan negeri, Buletin Mutiara sebagai simbolik menolak Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab memulakan isu kontroversi itu.
Pengerusi Tetap Pas kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar menyelar kepimpinan tertinggi PAS yang didakwa terus bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terangan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.
"Mengapa Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) (Mursyidul Am PAS) pergi melawat Karpal (Singh)(Pengerusi DAP) baru-baru ini? Untuk berdakwah? Beliau menunjukkan contoh tidak baik kepada ahli Pas kerana dia (Karpal) secara jelas menghina perjuangan Pas dengan meminta majlis syura menukar pendirian mengenai isu itu," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, di Kedah, lebih 300 anggota Persatuan Penawar 1Malaysia dan jemaah Masjid Jamek di Sik turut mengadakan protes serupa di hadapan masjid itu selepas solat Jumaat.
Mereka turut mengoyak poster lambang roket dan membakar gambar Lim.
Pengerusi Penawar 1Malaysia Daerah Sik Ghazali Ahmad, 58, berkata masyarakat Melayu dan Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan Islam dan kuasa politik Melayu daripada dirampas pihak yang mahu menghancurkan masa depan bangsa Melayu.
"Saya kesal kerana ada orang Melayu yang bergelar ulama sanggup dijadikan kuda tunggangan selama ini oleh pihak antiIslam dan Melayu," katanya kepada Bernama selepas bantahan aman selama 20 minit itu. - Bernama
Artikel Berkaitan:
Kalimah ALLAH: Anggota Pas, NGO anjur protes
NGO sertai kempen Satu Bilion Bangkit
Najib jumpa pemimpin Tionghoa di Pulau Pinang
Pemimpin MCA harap tahun ular bawa tuah
Kalimah ALLAH: Tidak patut bincang dengan bukan Islam
Kalimah ALLAH: Lagi NGO Pulau Pinang bantah
Najib perlu diberi peluang dan masa laksana Program Transformasi
Ugutan Wong Tack tak jejas kemasukan pelabur ke Pahang
Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang 11 Feb
Pemimpin agama layak selesai isu kalimah ALLAH
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-anggota-pas-ngo-anjur-protes-1.131563
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-anggota-pas-ngo-anjur-protes-1.131563
Khamis, 14 Februari 2013
Rabu, 13 Februari 2013
Jumaat, 1 Februari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
e-mel: lapuria@gmail.com
© Hak Asasi Manusia Terpelihara