IMR TV

IMRTV

Khamis, 30 Ogos 2012

Khamis, 23 Ogos 2012

Rabu, 22 Ogos 2012

Noramin

PEMANDANGAN lelaki berusia lebih 50 tahun bermain dengan kanak-kanak mungkin mudah diterima dengan tanggapan kedua-duanya merupakan datuk dan cucu. Namun, juruhebah radio era 80-an, Mohd. Noor Amin, 60, atau lebih dikenali sebagai Noramin mengakui, penerimaan itu tidak sama apabila orang ramai mengetahui kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangkunya ialah anak bongsunya sendiri. 

"Mereka menyindir kami sedang menghadiri konsert sekolah cucu. Kami sudah lali dengan situasi seperti itu," kongsi Noramin dan isteri, Hanizah Mohd. Hamzah, 50, yang kadangkala terpaksa berpakaian dengan cita rasa orang muda untuk mengurangkan jurang usia antara mereka dengan ibu bapa lain. 

Noramin popular menerusi segmen radio 'moshi-moshi' yang mengajar bahasa Jepun di saluran Radio Malaysia Ibukota (RMIK) yang kini diberi nama baru, KLFM. Beliau juga pernah merakamkan dua buah album. 

Layan kerenah 


Menjangkakan bapa kepada empat orang anak yang berusia antara 26 hingga lima tahun itu akan cepat letih melayan kerenah Mohammad Noriman, 5, dan kakaknya, Nur Hanna, 9, yang ternyata aktif dan bertenaga tinggi, berlari ke sana dan ke mari, memanjat naik dan turun kerusi restoran ketika ditemui di pusat membeli-belah Subang Parade, Noramin bagaimanapun kelihatan tenang dan bersahaja. 


"Tak perlu dikejar dan diturut ke mana mereka pergi. Cukuplah dengan memerhati dari jauh. Buatlah kerja apa pun, mata kami akan terus mengikut pergerakan mereka. Tetapi kalau mereka hilang dari pandangan kami akan cepat-cepat pergi mencari mereka," jelas Noramin. Katanya, kemahiran menjadi ibu bapa sudah dimiliki ketika membesarkan anak sulung, Mohd Noramin, 26, dan Nur Haniz, 20. 


Jumaat, 10 Ogos 2012

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara