IMR TV

IMRTV

Selasa, 21 Jun 2011

Muka Lama Dan Baru Terajui PAS Negeri Selangor

Shah Alam, 20 Jun : Beberapa muka baru telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman bagi menerajui Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) untuk sesi 2011-2013.

Bagi Jawatan Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, telah dilantik bagi mengisi jawatan tersebut, manakala Yang Dipertua PAS (YDP) Sabak Bernam, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Ahli Parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad, yang juga YDP PAS Shah Alam, masing-masing telah dilantik sebagai TPJ 2 dan 3 Negeri Selangor.

Mohd Khairuddin Othman pula dikekalkan sebagai Setiausaha BPPNS dan dibantu oleh Haji Abd Rahman Abdullah sebagai Penolong Setiausaha (PSU). YDP PAS Kelana Jaya, Ir Izham Hashim, yang juha Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungip pula dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan yang baru. Manakala Mohd Jafar Samsudin pula dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya.

Sementara itu, beliau yang juga ADUN Meru, turut mengumumkan perlantikan, Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali Sebagai Ahli BPPNS.

Turut dilantik ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), Mohd Sani Hamzan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), Noraini Hussein, Bekas YDP PAS Selayang, Haji Mohamad Abd Rahman , Ustazah Mariam Abdul Rashid dan Norhalim Sirome.

Dengan perlantikan tersebut juga, PAS Selangor buat pertama kalinya mencatat sejarah, apabila Muslimat PAS paling ramai diamanahkan untuk menganggotai BPPNS, ini kerana selain tiga orang wakil Muslimat PAS yang dilantik sebagai Ahli BPPNS, Ketua DMPN Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan dan Setiausahanya, Nor Azlin Md Samsudin secara automatik turut menggangotai BPPNS. Dengan ini jumlah pimpinan muslimat PAS bagi sesi kali ini ialah seramai lima orang.

http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=844&Itemid=1

Tiada ulasan:

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara