IMR TV

IMRTV

Khamis, 8 Januari 2009

Diam Obama tidak membenarkan rejim zionis biadap

Bakal Presiden Amerika Syarikat akhirnya bersuara menyatakan perasaan bimbangnya terhadap serangan tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang hari ini memasuki hari ke 11.

Beliau menegaskan diamnya selama ini bukan membenarkan tindakan melampau rejim zionis berkenaan sebaliknya beliau tidak mahu mencampuri urusan Amerika sehingga beliau secara rasminya menjadi presiden Amerika Syarikat.

"Isu antarabangsa sentiasa menjadi perhatian dan saya dimaklumkan setiap hari mengenai perkembangan di Palestin.

"Namun saya percaya bahawa seorang Presiden dan bakal Presiden serta kumpulannya mampu melakukan lebih dari satu perkara pada satu-satu masa," kata Obama.

Beliau yang sebelum ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak kerana berdiam diri seolah- olah membenarkan penduduk Palestin dizalimi sedemikian rupa.

Beliau menegaskan dia percaya kepada “hanya satu pemimpin pada satu- satu masa”.

http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=23

Tiada ulasan:

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara