IMR TV

IMRTV

Sabtu, 31 Januari 2009

TINJAUAN INDUSTRI AMBERFIN DEDAH BAHAWA KUALITI GAMBAR MERUPAKAN HALANGAN UTAMA TERHADAP PENGGUNAAN GAMBAR

Friday 30/01/2009

LONDON, 30 Jan/PRNewswire-AsiaNet/ ---

Satu Tinjauan Industri Penyiaran Baru-baru Ini Yang Dilakukan Oleh AmberFin Mendedahkan Bahawa Kualiti Gambar Yang Buruk Masih Menjadi Halangan Besar Terhadap Penggunaan Kandungan Pada Peralatan Tontonan Baru, Seperti Telefon Mudah Alih Dan Komputer Peribadi.

Lebih Lagi, 70% Pakar Yang Dikaji Bersetuju Industri Itu Gagal Menggunakan Peluang-peluang Pasaran Baru Yang Ditawarkan Oleh Internet, VoD Dan Mobil Kerana Kualiti Dan Isu Kos Yang Dikaitkan Dengan Tujuan Semula Dan Penyampaian Kuantiti Banyak Kandungan Di Seluruh Peralatan Tontontan Pelbagai.

Responden bersetuju kualiti imej kandungan video sekarang tidak memenuhi jangkaan penonton dan memerlukan pembaikkan.

Lebih 35% daripada pakar industri yang dikaji, menilai kualiti imej kandungan melalui komputer peribadi melalui sambungan jejalur lebar sebagai tidak memuaskan, atau terbaiknya hanya purata, manakala 28% menyatakan pengalaman mengecewakan melalui telefon mudah alih atau peralatan dipegang tangan.

Pakar-pakar percaya kualiti lebih baik kritikal kepada penggunaan dan dikaitkan dengan penciptaan pendapatan baru dan perkhidmatan yang dikehendaki. Apabila ditanya bayaran kandungan, 33% responden berkata hanya kualiti video yang tinggi akan menarik penonton membayar atau melanggan. Lebih lagi, hampir separuh (44%) percaya penonton akan mengambil lebih banyak kandungan melalui telefon mudah alih jika kualiti gambar diperbaiki.

Jeremy Deaner, Ketua Pegawai Eksekutif di AmberFin, mengulas,"Ketika dimana, bila dan bagaimana kita menggunakan kandungan kita telah bertukar dengan dramatik, kualiti imej masih menjadi pemacu kritikal kepada penggunaan.

Di sinilah AmberFin mmainkan peranan integral sebagai alatan perisian iCR kami boleh mendigitalasi dan mengubah kandungan baru dan yang diarkib. Melalui R&D dan pasukan kejuruteraan terkemuka pasaran kami, kami boleh menerbitkan gambar berkualiti hebat untuk kedua-dua kandungan SD dan HD,memberikan imej paling tajam, kontras dan warna untuk kandungan video kepada pelbagai peralatan tontonan."

AmberFin iCR mempunyai warisan dalam memberikan penanganan imej terbaik dalam pasaran dan mencipta master berdasarkan fail berkualiti tinggi,menyampaikan penukaran fail yang unik kepada pelbagai format dan serentak menyiapkan versi pelbagai-format kandungan video, semuanya dalam lingkungan persekitaran perisian tunggal.

Nota Kepada Pengarang

Tinjauan industri dilakukan di pameran IBC pada September 2008, yang melibatkan tinjauan sejumlah 100 pakar dari pelbagai sektor dalam industri penyiaran. Lebih banyak
maklumat penyelidikan ini terdapat jika ada permintaan.

Profil AmberFin

AmberFin membolehkan pemilik kandungan memaksimakan nilai kandungan TV, filem dan video mereka, daripada penggambaran kepada pengedaran, manakala meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos, menjimatkan masa dan mengikis isu-isu tidak keserasian.iCR AmberFin, dengan teknologi yang menang Anugerah Emmy empat kali, memainkan peranan penting dalam mengubah kandungan yang dipunyai pemilik kepada kandungan yang dikehendaki pelanggan. Sebagai piawai terbuka, platform masa depan yang mendigital dan mengubah kandungan baru dan arkib, iCR AmberFin menyampaikan gambar berkualiti tinggi pada saiz fail kecil di seluruh platform penyampaian berganda, termasuk Internet, VoD, TV, mobil dan peralatan skrin kecil lain. AmberFin telahpun mempunyai 100 sistem iCRnya di lapangan, dan dipercayai oleh syarikat- syarikat berprestij dunia termasuk Sony, NBA, Turner Broadcasting, BT, Channel 4, RTM dan Warner Brothers, menguruskan pendigitalan dan membuat semula kandungan mereka.

Diimiliki secara persendirian oleh Advent Venture Partners, AmberFin merupakan sebahagian daripada Snell & Wilcox Group, beribu pejabat di Basingstoke, Britain. Maklumat lanjut terdapat di http://www.amberfin.com

SUMBER: AmberFin

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
NAMA : KIRSTYN LANGFORD (UK)
AmberFin
EMEL : amberfin@hotwirepr.com
TEL : +44(0)207-608-2500

NAMA : JAIME TERO (USA)
GBC untuk AmberFin
EMEL : amberfin@hotwirepr.com
TEL : +1-415-989-9803

TARIKH SIARAN : 30 JANUARI 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

Tiada ulasan:

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara