IMR TV

IMRTV

Selasa, 17 Februari 2009

Hiburan

Isnin Februari 16, 2009

Amy tetap setia pada muzik yang satu

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN

SEBAIK pulang dari umrah baru-baru ini, penyanyi Amy Search yang terkenal dengan lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella ini mengakui dia lebih senang berada di restoran makanan miliknya yang terletak di Wangsa Maju jika tiada sebarang undangan nyanyian.

"Jika tiada apa saya lebih suka duduk di kedai dan membantu isteri. Bukan saya menyepikan diri tapi inilah saya jika tiada perkembangan terbaru saya lebih senang bersikap low pofile," ujar Amy yang juga bekas vokalis lagenda rock tanah air, Search.

Ramai menyangkakan setelah pulang daripada mengerjakan umrah Amy lebih senang menumpukan perhatian kepada aktiviti bersifat keagamaan sekaligus meninggalkan imej rock yang selama ini dilabelkan kepadanya.

Lebih mengiyakan kenyataan tersebut apabila Amy bakal berduet dengan kumpulan nasyid kontemporari Rabbani menyanyikan lagu Mentari Merah di Ufuk Timur pada konsert Malam Maulidurrasul 1430H.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/16/mstar_hiburan/20090213194850&sec=mstar_hiburan

Tiada ulasan:

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara