IMR TV

IMRTV

Isnin, 26 Oktober 2009

PAS Akan Musyawarah, Elak Guna Media

KUALA LUMPUR, 25 Okt. - Presiden PAS meminta seluruh ahli dan kepimpinan dipelbagai peringkat supaya bersabar dan bertenang dalam menghadapi kemelut parti yang timbul akhir-akhir ini.

Beliau yakin, isu ini akan dapat mematangkan PAS sepertimana yang pernah berlaku sejak penubuhan PAS tahun 1951 lagi. Beliau mengingatkan kepada semua bahawa masalah dalaman PAS tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru sebaliknya dengan kaedah bermusyawarah.

Konsep musyawarah ini dianjurkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah dan ia merupakan budaya yang selalu diamalkan oleh PAS sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Beliau turut mengarahkan Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali untuk menentukan tarikh yang terdekat bagi membincangkan masalah yang timbul.

Presiden PAS juga menyarankan agar semua ahli sentiasa berdoa agar Allah memberikan taufik dan hidayahNya untuk merungkai pemasalahan ini dan memperkukuhkan parti.

Tiada ulasan:

e-mel: lapuria@gmail.com

© Hak Asasi Manusia Terpelihara